Pisyek Kumar Kongsi Pengalaman Sertai Kursus Android Mobile Dev MaGIC

Pisyek Kumar Kongsi Pengalaman Sertai Kursus Android Mobile Dev MaGIC

Blogger +Pisyek Kumar teringin nak anjurkan kelas Android selepas menyertai Kursus Android Mobile Dev MaGIC baru-baru ini.

Beliau ada kongsikan pengalaman sewaktu hadiri kursus ini di Blog Pisyek.

Kalau ikutkan, beliau telah lama bercita-cita ingin belajar membina aplikasi Android sendiri dan secara kebetulan MaGIC menawarkan  kursus Mobile Development (Android) Course belajar secara separuh masa.


Beliau bersyukur kerana terpilih untuk menyertai kelas pembangunan aplikasi Android ni.

Sebahagian besar yuran pengajian adalah ditaja oleh MaGIC dan para peserta hanya perlu membayar sebanyak RM400.

Jika betul-betul beliau ingin anjurkan kelas Android. Bro antara yang terawal ingin sertai, mana tahu boleh bangunkan Android 18 dibuat isteri (Eh, itu Dragon Ball).
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.