Koleksi Dhanee oleh ARLEE by RAINI Exclusive

Arja Lee Hasilkan Kurta Arlee Bersama Raini Exclusive

Arja Lee telah mengumumkan pelancaran koleksi kurta eksklusif yang diberi nama koleksi Dhanee hasil kolaborasi bersama butik online RAINI Exclusive.

Didatangkan dalam satu (1) jenis rekaan moden, koleksi Dhanee oleh ARLEE by RAINI Exclusive dihasilkan menurut citarasa Arja Lee sendiri selain memenuhi trend hipster masa kini.

Kolaborasi ini juga dilihat sebagai pencetus buat jenama Arja Lee untuk berkecimpung dalam dunia perniagaan fesyen moden.

Koleksi Dhanee menampilkan ciri-ciri rekaan masa kini


rekaan koleksi Dhanee

Koleksi Dhanee ini boleh digayakan dalam sebarang acara kasual


Koleksi Dhanee menampilkan ciri-ciri rekaan masa kini seperti kemasan lengan yang berbutang ala kemeja, fabrik tidak panas,  zip eksklusif dan potongan leher yang selesa. Setiap rekaan koleksi Dhanee hadir dalam pilihan dua belas (12) jenis warna yang pastinya memenuhi citarasa lelaki moden.

Koleksi Dhanee ini boleh digayakan dalam sebarang acara kasual, santai mahupun korporat; sesuai buat pemuda aktif namun ingin mengekalkan gaya unggul di khalayak ramai.

ARLEE by RAINI Exclusive

ARLEE by RAINI Exclusive

ARLEE by RAINI Exclusive - Arja Lee


Kolaborasi ARLEE by RAINI Exclusive menyasarkan sasaran jualan sebanyak RM500 ribu dalam jangkamasa tiga (3) bulan selepas pelancaran menerusi pemasaran berkesan. Jualan secara stokis selain pra-tempahan dilihat sebagai strategi terbaik dalam memenuhi kehendak pasaran kini.

Malah, pelanggan turut boleh membuat tempahan awal secara atas talian menerusi laman web fesyen Muslim www.roopawan.com mulai 24 Nov 2016 kelak dengan harga permulaan serendah RM129.

ARLEE by RAINI Exclusive kini turut menawarkan peluang perniagaan buat para stokis dalam memasarkan koleksi Dhanee ini. Dengan margin keuntungan sehingga 25%, taruhan rekaan ekslusif ARLEE by RAINI Exclusive mensasarkan lebih 100 orang stokis seluruh negara dalam memenuhi permintaan pelanggan.

Untuk maklumat lanjut berkenaan stokis dan tempahan awal, ikuti laman sosial RAINI Exclusive di Facebook – www.facebook.com/rainiexcslusive & Instagram - www.instagram.com/rainiexclusive.
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.